Thursday 2 May 2013

Bezanya Orang UMNO dan Orang PR.

Apabila manusia diciptakan Allah, satu perkara yang tidak ternilai kurniaannya adalah aqal (akal). Hanya manusia sahaja dikurniakan aqal tidak kira mereka adalah Muslim atau belum lagi. Apa sahaja adat dan budaya, aqal inilah yang membimbing arah tuju manusia.

Aqal dibimbing oleh ilmu dan pengalaman yang berguna atau ilmu yang tidak berguna. Samada ilmu itu boleh digunapakai atau tidak bergantung kepada kecekapan aqal menilainya. Atas dasar itu maka Allah s.n.w mensyaratkan setiap insan yang diberi akal harus diberi ilmu untuk menjadikan aqalnya bergerak kehadapan selaras dengan tuntutan syariat.

UMNO dan PR juga diberi aqal kepada setiap ahlinya. Aqal inilah yang membuat mereka samada duduk dalam UMNO atau PR atau tidak membuat apa-apa pilihan. Kepada yang tidak melakukan sebarang pemilihan dan sokongan maka ia dipanggil konfius.

PRU.TIGABELAS tidak mahu membincangkan makhluk yang confius ini kerana merka berada di atas pagar, hanya masa akan menentukan mereka.

UMNO adalah parti orang Melayu. Perlembagaan dan perturan untuk menjadi ahli termaktub mensasarkan ke arah cintakan kepada Kebangsaan. Mendidik akan setiap ahlinya memartabatkan bangsa dan ketuanan Melayu. Melayu dijadikan sandaran dalam menarik minat setiap bangsa Melayu di Malaysia mencintai UMNO sehingga di dalam pentadbiran negara, dasar UMNO dijadikan dasar pembentukkan negara. Apabila BN ditubuhkan, dasar BN tidak jauh daripada dasar yang dikemukakan UMNO di dalam perlembagaannya. Cuma pengubahsuaian yang boleh penguntungkan satu-satu bangsa dan individu dijadikan asas perlembagaan parti BN.


PR baru sahaja di gabungkan setelah kemenangan pada 2008. Gabungan ini adalah hasil persefahaman tiga parti utama PAS, DAP dan PKR. Gabungan ini membentuk satu persefahaman yang dipersetujui berdasarkan kepentingan negara dan rakyat. Sebagai pembangkang, PR banyak kesamaanya iaitu membenteras kemungkaran dan rasuah yang dilakukan pemerintah iaitu BN. Gabungan ini memberi kesan baru kepada negara dan menjadikan BN tergugat sejak akhir-akhir ini.Keyakinan BN terhadap sokongan rakyat terhakis dari hari kesehari. Kenyataan ini jelas apabila dilihat perkembangan pergerakkan rakyat melalui siri-siri perhimpunan dan ceramah yang diadakan PR semakin mendapat sambuta. Hampir setiap kali apabila diadakan ceramah politik atau perhimpunan politik, rakyat akan membanjiri seluruh kawasan itu. Sehinggakan terpaksa di tutup setiap jalan raya yang melaluinya.

UMNO dan BN juga akan mengadakan perhimpunan dan perhimpunan yang diadakan sudah tentu ditempat yang lebih selesa. 

Apabila PR ingin mengadakan perhimpunan, mereka tidaklah merasa sukar untuk menarik kedatangan rakyat. Hanya sekeping poster yang ditampal di media elektronik atau salinan-salinan pengumuman dapat membanjiri kawasan ceramah. Iklan mulut ke mulut begitu berkesan disamping SMS dan telefon bimbit.

UMNO memerlukan jolokan atau upah yang tinggi untuk hadirkan rakyat ke mana-mana perhimpunan. Perancangan rapi dibuat melalui ketua-ketua cawangan bagaimana untuk mengangkut mereka ke tempat ceramah. Tanpa wang ringgit dan prasarana yang mencukupi mustahil orang-orang UMNO akan bergerak hadir ke perhimpunan. Rakyat di merata-rata tempat pelosok negara akan dikerah hadir menyertai atas alasan yang menakutkan mereka. Ugutan, upah, sekatan dan sebagainya menjadi bahan memaksa rakyat hadir. Sogokan berbentuk elaun diberikan setiap seorang jika hadir diperhimpunan disamping makanan dan T-Shirt percuma. Ahhh! ramai diantara mereka turut serta dalam perhimpunan BERSIH.

Kerja-kerja ini dikerahkan kepada Jabatan Belia dan Kemas setiap daerah. Ramai diantara mereka diambil berkerja sementara untuk tempoh tertentu terutama dimusim Pilihanraya PRU13 ini. Remaja-remaja yang bekerja sementara di Jabatan Belia di setiap daerah dikerah melakukan kerja UMNO. Bukan semua belia itu UMNO/BN tetapi ramai yang menyokong PR tanpa diketahui. Oleh sebab itulah banyak kerahsiaan UMNO terburai dalam masa yang singkat.Ramai juga saya temui adik-adik yang keluarganya adalah UMNO tetapi anak-anak mereka secara diam menyokong PR secara rahsia.

Jikalau diperhatikan akhlak belia-belia atau orang-orang UMNO semasa berlakunya perhimpunan amat menakutkan. Sifat agresif dan tidak bersopan ditanam oleh pemimpin UMNO. UMNO sukar untuk mengubah dan  menanamkan sifat terpuji Melayu dan Islam terhadap anak-anak mereka. Itu sebablah apabila kita perhatikan cara pertuturan, berjalan, gaya percampuran dan sebagainya telah jauh tinggal ke belakang daripada norma-norma Islam dan ketimuran. Mereka mempergunakan remaja untuk melakukan apa hajat UMNO serta pemimpin atasan mereka. Dengan melayan karenah nafsu remaja dengan hiburan lucah, wang, pergaulan bebas dan sebagainya memudahkan UMNO menarik hidung remaja dan orang-orang UMNO yang tidak berilmu membuat tindakan agresif sehingga ke peringkat Melampau.

Saya yakin UMNO tidak yakin dengan Islam. Jika yakin sudah tentu perkara seperti ini tidak dilakukan.Mereka akur dan yakin denmgan sistem barat yang mereka pelajari sebahagian daripada mereka.

Anda pilihlah 10 orang remaja atau orang-orang UMNO dan PAS. Anda akan dapat perbezaan metaliti, akhlak, cara pertuturan, ilmu dan pengetahuan antara mereka. Saya membuat kajian lebih daripada puluhan kali dan orang-orang UMNO ini sebenarnya bukanlah dari kalangan yang berpendidikan tinggi, berilmu terutama agama dan pengetahuan am tetapi mereka ini dipilih sedemikian rupa untuk menyokong agenda UMNO. Mereka ini ibarat dicocok hidung. 

1. 80%-90% remaja UMNO  ini tidak tahu mengaji dan membaca jawi.
2. Tona (tone) gaya bercakap melambangkan ketidak sopanan.
3. Persoalan agama amat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan remaja PAS.
4. Sejarah negara atau sejarah UMNO sendiri tidak diketahui atau tidak faham.
5. Tidak dapat membezakan "MENGUCAP" dan "BERISTIQFAR".
6. Tidak dapat membezakan Rasulullah dan Pemimpin lain.
7. Berpakaian tidak senonoh. Aurat dipandang mudah.
8. Lebih mengenali pemimpin UMNO diperingkat kawasan dan Perdana Menteri tetapi tidak mengenali menteri-menteri lain. "General Knowledge" tidak ada.
9. Tidak bersembahyang dan ada yang tidak tahu bersembahyang.
10. Tidak kenal siapa Nik Aziz, pemimpin PAS atau siapa itu parti pembangkang (meeka disekat dari mengetahui semua ini).
UMNO sungguh teruja jika remaja seperti ini dapat dilahirkan pada masa akan datang. Ini akan memudahkan menipu terhadap rakyat tanpa bekerja keras memeras otak kepala. Sebab itulah struktur pendidikan negara tidak menekankan persoalan akidah dan sistem kerohanian terutama di peringkat awal persekolahan.

Tetapi UMNO tersilap. Itu dulu. Zaman maklumat dicorong radio dan TV RTM. Apabila internet dan media alternatif diperkenalkan, maka minda perubahan semakin melonjak. Sebahagian remaja mula menunjukkan perubahan. Dasar-dasar UMNO tidak menarik minat mereka lagi. Islam dan pembentukan rohani mula menular melalui media ke media, internet ke internet dan berbagai-bagai lagi sehinggakan UMNO tidak mampu menolak kebanjiran maklumat ini di Malaysia.

Remaja UMNO di universiti dan bandar-bandar mula mendapatkan ilmu agama. Mereka mula berfikir dan terus berfikir. Titik tolak inilah membuatkan remaja semakin matang dan mencari dan terus mencari kebenaran.

Lihat sahaja dimusim pilihanraya ini. PRU.TIGABELAS membuat penyelidikan secara akademik dan didapti 85% kerosakkan dan masalah akhlak berkaitan pilihan raya melibatkan remaja adalah datang daripada UMNO. Memukul, membakar, bergaduh dan sebagainya adalah provokasi yang dilakukan remaja UMNO.


Semasa mengadakan ceramah baru-baru ini di Ampangan Seremban, kedatangan DS Anwar Ibrahim, menyebabkan hampir 25 hingga 30 ribu rakyat hadir menyambut kedatangannya. Apa yang menghairankan sepanjang jalan dan sekitar tepi-tepi jalan telah dipacakkan bendera BN sehingga seramat 1 meter atau kurang daripadanya. Rakyat yang berdiri berhampiran bendera serta banner BN tidak seorang pun merosakkan dan memusnahkan bendera BN walupun jika ingin berbuat demikian tidak siapa pun yang tahu. Malah bendera-bendera yang rebah ditegakkan kembali oleh seorang penyokong PR berbangsa Cina.   PRU.TIGABELAS merasa terkejut dan hati ini mula berkata "Habislah UMNO kali ini".

Bagaimana jika perhimpunan itu adalah perhimpunan UMNO/BN dan bendera yang tecacak adalah bendera PR? Sudah tentu akan habis dibakar serta dimusnahkan. Realiti ini amat membimbangkan BN terutama UMNO.

AYUH ADIK-ADIKKU DAN REMAJA MALAYSIA, MARILAH KITA LAKUKAN PERUBAHAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA KITA MALAYSIA,

INI KALILAH..





Sunday 28 April 2013

Benar Ke PR Akan Ke Putrajaya?

Rajah 1.0


 PRU.TIGABELAS baru sahaja kembali dari DUN Chembong dan kawasan-kawasan seangkatannya, Rembau dalam siri lawatan pemantauan dan kajian rambang. Sepanjang perjalanan ke beberapa kawasan rata-rata bendera BN berkibar megah diikuti beberapa papantanda besar yang memaparkan muka-muka pemimpin negara dan negeri. Sesekali terdapat barisan bendera dan papantanda PAS dan PR terpacak sana sini yang boleh dikira dengan jari.

Rasa sayu hati melihat keadaan ini.  PRU.TIGABELAS rasakan daerah NS sahaja yang mengalami masalah begini tetapi tidak, ia dialami hampir diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.  PRU.TIGABELAS mendapat maklum balas daripada sahabat-sahabat di sana yang sering membuat laporan samada melalui SMS atau FBook. Sahabat-sahabat  PRU.TIGABELAS ramai yang menetap di Sabah dan Sarawak. Kawan-kawan semasa bertugas di sana 10 tahun dahulu.

  PRU.TIGABELAS mendapat laporan daripada pengurusan parti PR bahawa bendera dan banner yang di bentangkan perlu mendapat kelulusan dan kebenaran Majlis-Majlis perbandaran dan daerah. Untuk itu PR tidak mendapat sokongan dan sambutan akan kelulusan yang dipohon.

BN tidak menjadi masalah untuk berbuat demikian kerana sebahagian atau banyak kawasan-kawasan yang dipasang bendera dan banner BN tidak memiliki surat kebenaran. Sikap double standart ini telah lama diamalkan oleh pemerintah BN. Pihak PR tidak berkecil hati tetapi merasa kecewa dengan sikap Pentadbiran Tempatan yang memiliki "Talam Dua Muka".


Realitinya begitulah keadaan DOUBLE STANDART BN dalam mentadbir negara. 

 PRU.TIGABELAS membuat sedikit lagi penyelidikan melalui media sosial dan internet disamping berita-berita yang boleh membantu mendapatkan maklumat terkini Pilihan Raya terhangat kali ini.

Sebelum ini  PRU.TIGABELAS telah membuay kajian dan sampel yang diperolehi sebanyak 2,500 orang korensponden telah memberikan "feedback" seperti pada rajah 1.0. Kajian ini mendapati beberapa Negeri di Semenanjung telah memihak kepada PR dengan kadar 141 Parlimen dapat ditawan secara tipis. 

Dalam kajian ini semua kawasan parlimen menang dengan kadar yang tidak menjauhi 5%-10% sahaja dan sebahagiannya memiliki ralat yang agak tinggi. Ini berkemungkinan pengundi atas pagar masih belum membuat keputusan. Semasa laporan ini di keluarkan DS Najib masih berdolak dalih untuk membubarkan parlimen, rakyat tidak pasti akan kapasiti pembangkang menerajui negara tetapi keyakinan yang di terjemahkan melalui undian ini berdasarkan rawak berpihak di mana kajian dilakukan ditujukan kepada saluran 4,3, dsn sebahagian saluran 2.

Apabila UMCDES dari Umniversiti Malaya mengeluarkan hasil kajian profesionalnya pada umum, keputusan yang diperolehi tidak jauh lari dari kajian  PRU.TIGABELAS sebelum ini. Rata-rata PR akan memerintah pada pilihanraya kali ini.

 PRU.TIGABELAS mendapat salinan keputusan yang diterima secara grafik yang dikelolakan oleh JustUndi terhadap keputusan setiap negeri berdasarkan sokongan dua parti iaitu BN dan PR. Hasil keputusan yang diterima amat memeranjatkan  PRU.TIGABELAS kerana hampir semua negeri mendapat sokongan PR atau dengan lebih senang disebut PR memerintah setiap negeri berkenaan.

 PRU.TIGABELAS tidak berapa yakin kerana ia mungkin dimanipulasi atau mungkin ia diundi oleh orang yang sama seperti mana-mana ujian secara statistik. Tekaan  PRU.TIGABELAS melesset dimana ujian kajian ini adalah dilakukan secara adil dan telus.  PRU.TIGABELAS mendapat kesahihan ini melalui sumber yang dipercayaai dan sahabat-sahabat  PRU.TIGABELAS.

Walau apa pun keputusan, masa undian itu penentu utama. Bacaan ini tidak boleh digunapakai untuk membuatkan PR merasa lega dan tenang kerana pihak lawan sentiasa mencari jalan lain untuk menidakkan keputusan ini. Mungkin juga keputusan ini dijadikan kayu ukur untuk mereka bekerja keras di atas kelalaian kita (PR). Parti lawan akan menggunakan data dan bacaan ini untuk bergerak lebih agresif pada masa tersingkat ini.

Beberapa ukuran lain yang menyokong kajian ini adalah melalui ceramah di beberapa negeri dan tempat. Putrajaya contohnya, mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Sebelum ini Putrajaya adalah kubu yang kukuh kepada UMNO malah untuk melakukan sesuatu oleh pihak PR juga amatlah sukar. Apa lagi untuk memintas pengundi di sana. Tetapi sejak kemasukkan Husam Musa ke Putrajaya bersama membawa keperibadiannya, membuatkan Ku Nan dan Tun Mahadir tidak kenyang makan dan tidak basah mandinya. Gelojak rakyat di Putrajaya membuatkan Tun Mahadir ikut turut serta berkempen di sini. Sambutannya dibantu oleh beberapa buah bas yang datang entah dari mana.

Di Johor, seperti di Gelang Patah dan kawasan-kawasan pengundi ramai rakyat Cina telah memecahkan tradisi sokongan mereka kepada DAP. Kini setiap kali ceramah dan perhimpunan di adakan di sana mendapat sambutan beribu-ribu orang mendengar mandat PR. 

Johor diukur sebagai kawasan kukuh pada UMNO. UMNO yang dilahirkan di sana mula goyah. Beberapa pemimpin UMNO mula bergolak dan huru hara apabila percaturan politik UMNO/BN kali ini memakan diri sendiri. Tidak perlu disebut kawasan Gelang Patah, malah kawasan Dato Shahrir Samad juga mula goyah dan tidak mendapat sokongan rakyat setiap kali ceramah. Petikan Malaysiakini hari ini menjelaskan:

Dalam suasana kempen yang hanya berbaki enam hari lagi, Pakatan Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan kini bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang, Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti pengundi Cina.

Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:

  • Peratusan pengundi Cina tinggi
  • Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
  • Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
  • Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi kawasan ini adalah dengan meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus dan mengekalkan sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.

Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang – daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.
DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.

PRU.TIGABELAS tidak tahu di mana silapnya. 

Statistik sebegini digunapakai untuk mengukur kedalaman pengundi satu-satu daerah. Ia membantu bacaan kajian secara ilmiah. 

Saturday 27 April 2013

Kenapa ISA SAMAD Harus Ditumbangkan Di JEMPOL?

Apabila TanSri Isa Samad diistiharkan bertanding di parlimen Jempol, semua rakyat jelata terkejut. Bukan orang Pakatan sahaja yang tergamam malah ahl UMNO juga terasa kecewa dengan kehadiran semula beliau ke Jempol.

Apa tidaknya, sebelum ini persiapan ahli UMNO untuk memperjudikan pilihan calon tempatan tidak kesampaian dan kedatangan Isa Samad ke Jempol membawa terlalu banyak masalah kepada percaturan politik Jempol dan Negeri Sembilan khasnya.

Tanyalah rakyat Jempol atau Negeri Sembilan tentang persoalan Isa. Ada yang menjuihkan bibir tanpa sebarang kata. Ada juga yang berkata 

"Apo pulak Isa yang dipilih? Bosepah oghang lain lei (loghat NS)" atau jika parti pembangkang maka dijawabnya pula begini,

"Bolambaklah duit kek Jompol lopeh ni". Tuduhan liar semakin meliar apabila Isa disebut-sebut.

Kedatangan TS Isa melambangkan ketidakadilan UMNO dalam memilih calon untuk dipertandingkan. Apakah tidak ada calon lain untuk diketengahkan? Atau mungkin ada udang disebalik batu.

PRU.TIGABELAS sempat mewawancara beberapa ahli UMNO bawahan dan penyokong UMNO. Kekecewaan mereka tergambar apabila beberapa kawasan DUN di bawah parlimen Jempol tidak difungsikan seketika. Selang beberapa hari ia kembali pulih. Kenapa? Inilah persoalannya.

Dato Lilah Yasin telah pasti tidak tercalon. Maka bergegaslah ia bertemu Dato Isa dan ke Putrajaya memulihkan hajat untuk bertanding. Akhirnya ia terlaksana setelah bantuan TS Isa secara paksaan. DS Najib akur dengan kehendak TS Isa untuk mencalonkan dirinya dan beberapa orang pilihannya di Negeri Sembilan. Tidak keterlaluan jika disebut bahawa orang-orang yang telah pencen dan tidak mampu bertahan di NS diambil kembali menerajui NS pada Pilihanraya ke 13 ini. Mungkin Isa ada perkiraanya untuk mengukuhkan dirinya jika BN menang di NS. 

Perbalahan di kawasan DUN Dato Lilah tidak dapat dikawal pada sehari dua tetapi kembali tenang apabila ketua-ketua bahagian dan cawangan dipanggil untuk diberi taklimat "RINGKAS" dan akhirnya mereka kembali ke cawangan masing-masing menghidupkan kembali bilik gerakkan. Peristiwa pelik ini hanya Isa sahaja yang boleh menyelesaikannya.

Dato Samad dan Dato Yati yang selama ini menjadi wakil rakyat yang bermasalah mendapat mandat setelah mendapat sokongan Isa. To Mat Hassan tidak mampu berkata-kata tetapi sebahagian nyawanya telah disembelih Isa. PRU. TIGABELAS juga diberitahu bahawa jika Isa tidak masuk campur urusan pemilihan ini maka To Mat Hasan akan memilih orang-orang yang digemarinya.

Bekas Exco Lengging, Dato Sahak sebenarnya sudah lama terkubur di sana dan orang Lenggeng pun tidak mengemari akan dirinya dan mungkin keperibadiannya menjadikan dirinya dibenci. Tangan Isa menjadikan Dato Sahak "Comeback" untuk kali berikutnya.

Begitu juga calon-calon UMNO lain yang aturannya semakin kucar kacir seperti calon tangkap muat. Mat Hasan sedang mengatur strategi bagaimana menghalang orang Isa daripada maju ke hadapan terutama selepas pilihanraya.

Apabila PRU.TIGABELAS mengatur strategi untuk bertanyakan kenapa, maka ditemui jawapan bahawa ISA INGIN BERKUASA DAN BERUSAHA UNTUK MENGUMPULKAN HARTA.

Negeri Sembilan di ambang kekalahan. Bukan sahaja NS tetapi hampir semua negeri mengalami masalah trauma mempertahankan kuasa masing-masing. Selangor dan Perak mengalami masalah sama oleh PR kecuali Pulau Pinang dan Kelantan. Negeri beradat ini hanya memerlukan 4 DUN untuk dirampas jika Dun-dun sebelum ini mengekalkan kekuasaannya. Apa pun Pilihanraya ini penentu segalanya.

"Comeback" TS Isa bukan untuk seorang. Dia membawa segerombolan pengikutnya dalam barisan wakil-wakil calon. Hampir 50% calon yang disenaraikan oleh Mantan MB Mat Hassan, Sebahagiannya adalah orang-orang TS Isa. Orang-orang inilah yang akan bekerja menaikan kembali TS Isa diperhimpunan dan pemilihan UMNO May ini.

Kedatangan TS Isa bukan untuk rakyat. Rakyat tidak dapat apa-apa dari kehadiran mereka. Sejarah telah membuktikan kehadiran TS Isa dan konco-konconya akan memenuhi poket mereka. Kesempatan inilah bagaimana Isa mengumpulkan kekayaan melayu isu FELDA dan Koperasi yang dipengerusikan. Rakyat FELDA digula-gulakan dan sebahagiannya diumpan menyokong menaikkan TS Isa dimata masyarakat FELDA.

Aishah datang seperti meyelamatkan orang-orang kampung dan FELDA. Apa yang boleh dibuat Aishah sedangkan beliau adalah seorang penyanyi sahaja? Persoalan inilah yang dijaja oleh TS Isa dan UMNO dalam cara untuk mempengaruhi pengundi yang terdiri orang Melayu yang mudah diumpan.

Individu tidak penting. Yang utama bagaimana parti itu mendidik calonnya untuk berbakti kepada rakyat. kalau difikirkan calon, TS Isa lagi hebat dari Aishah, tetapi apa yang telah dibuat oleh TS Isa pada rakyat? HANCOOOORRR. Umno pun tahu tetapi buat-buat tak tahu. Nasib baik pembangkang menerjah apa yang TS Isa lakukan sepanjang 30 tahun lebih sebagai MB dan menteri. Aishah walaupun penyanyi dan wanita tetapi PAS dan PR akan membimbing setiap calon dan pemimpin bagaimana untuk memajukan rakyat.

Kehebatan seseorang itu adalah bagaimana dia bertakwa kepada Allah s.n.w. Menurut apa yang digarispandukan oleh Islam. Jauhkan dari perkara yang dibenci Allah s.n.w. Itulah takwa.

Iman dan Islam tidak cukup untuk kita masuk surga tetapi Allah memandang hati kamu, ketakwaan kami. Setakat mana kita takut kepada Allah .s.n.w. Maka tidak kira siapa jadi pemimpin, janji ia bertakwa.

UMNO mementingkan perut dan tekak mereka sahaja. Rata-rata kemasukkan rakyat ke dalam UMNO terutama untuk menjadi calon, inginkan kekayaan. Cubalah janjikan agar setiap orang yang ingin jadi calon tak ada gaji. Tobat lahom orang UMNO tak nak masuk politik pun!!.

Apakah pendidikan UMNO yang diberi kepada rakyat dalam memerintah negara? Memang ada tetapi untuk kesenangan mereka sahaja, bukan untuk rakyat dan negara. Apa lagi agama. Jauh sekali.

Oleh itu harus diingat, UMNO dan BN harus /wajib ditumbangkan dalam pilihanraya ke 13 ini agar wabak penyakit kemusnahan tidak menular jauh. Marilah sama-sama MENGUNDI DAN MEMANGKAH PR.

ISA - Ikut Suka Aku...

Logo DAP dan Logo PAS?


DAP baharu sahaja diistiharkan oleh SKMM bahawa barisan perwakilan mereka tidak sah sehari sebelum hari penamaan calon, 20hb April ini. Maka terpanggillah sekelian ahli lembaga tertinggi itu mengadakan mensyuarat tergempar untuk membuat keputusan samada perlu atau tidak bertanding menggunakan lambang roket mereka.

SKMM melakukan perubahan terakhir, dua hari sebelum hari terpenting ini. Apa yang menjadi masalahnya kenapa ia dilaksanakan sekarang? Kenapa tidak sahaja menunggu setelah tamat pilihanraya. Adakah SKMM benar-benar mengikut perundangan ataua ada sesuatu yang telah terancang dari pihak atasan.

SPR Malaysia secara lisannya menyatakan tidak menjadi masalah untuk parti DAP menyertai pilihanraya dan menggunakan lambang yang telah berpuluh tahun digunakan. Maka sebahagian ahli merasa lega diatas janji yang diberikan oleh pengerusi SPR itu. Pihak lembaga mesyuarat DAP pula merasa sangsi dengan janji yang belum bertulis. Oleh itu mensyuarat yang diadakan pada malam 18 April 2013 memutuskan untuk menunggu janji SPR itu secara hitam putih sehingga surat rasmi dikeluarkan sebelum jam 3 petang pada 19 April, keesok harinya. Jika SKMM gagal, maka DAP bertekat untuk menggunakan lambang-lambang parti sekutunya PAS dan Keadilan dalam menghadapi pilihanraya kali ke -13 ini.




Apa yang membimbangkan DAP dalam pilihanraya ini bukanlah lambang parti itu tetapi sesuatu yang terancang akan menyusul pada bila-bila masa oleh pihak tertentu. Berbagai kemungkinan yang sengaja direkacipta atau didahulukan demi mencapai hasrat orang tertentu. SKMM telah bersiap sedia untuk tujuan itu demi arahan. SPR berusaha merancang sesuatu berdasarkan undang-undang yang digunapakai untuk melicinkan hasrat mereka.

DAP bukan tidak percaya kepada kata-kata tidak bertulis SPR itu, tetapi sejarah telah membuktikan kredibiliti badan itu telah banyak tercalar sebelum ini. Oleh itu DAP harus berhati-hati dalam mempercayai kata-kata tanpa bertulis SPR.

Di dalam pilihanraya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Sejarah banyak membuktikan kerja tipu menipu secara terancang pihak tertentu boleh meranapkan hasrat demokrasi yang dilaungkan. Sejarah perak dibawah pakatan rakyat suatu masa dahulu, pendaftaran pengundi hantu, rekod pengundi yang mengundi beberapa kali dalam sehari, kisah janji penggunaan dakwat di jari dan sebagainya membuktikan SPR tidak boleh diyakini terus. Oleh itu jalan kedua DAP diambil demi menyelamatkan parti terus bertanding.

Sehingga artikel ini ditulis, SPR belum lagi membuat keputusan untuk mengeluarkan surat hitam putih janji pengerusi SPR itu.  PAS dan KEADILAN menunggu untuk menadah nyiru menerima DAP menggunakan lambang mereka.

Jika berlaku penggunaan logo oleh DAP itu maka sejarah akan tercatat inilah pilihanraya yang terkotor diadakan sepanjang 13 kali diadakan dan sejarah ini membuktikan Malaysia bukanlah sebuah Negara mengamalkan demokrasi tulin tetapi kezaliman membina.

Usaha pihak-pihak tertentu terutama pihak BN dalam menghadap perkara ini amat membimbangkan. Mungkin semasa perancangan ini dilakukan, BN/UMNO berhasrat memecah belahkan parti-parti yang bersatu dalam Pakatan Rakyat (PR). DAP dan PAS dilaga-lagakan berasaskan kaum dan sentiment agama, atau memperlekehkan PAS menerima mudah parti Cina ke dalam parti Islam. UMNO akan memastikan kerjasama PAS dan DAP tidak tercapai. Begitu juga untuk melakukan provokasi kaum agar PKR akan merasa cemburu diantara ahlinya jika DAP menggunakan lambang PKR untuk bertanding.

Usaha UMNO ternyata gagal apabila PAS dan PKR membuka tangannya menerima permohonan DAP malah hasrat bersatu dalam satu lambang sepertimana diinginkan hampir tercapai. Maka pilihan raya kali ini PR akan mudah menari minat pengundi aau memudahkan mengundi membuat pilihan tanpa gangguan psikologi lambang. DAP akan menggunakan lambang PAS di seluruh Semenanjung Malaysia yang ditandingi DAP dan menggunakan lambang PKR di Sabah dan Sarawak. Kebijaksanaan PR melalui permuafakatan ini menggusarkan BN-UMNO dalam menghadapi pilihanraya yang tergetir ini.

Usaha BN-UMNO tidak sampai di sini sahaja. Keputusan SKMM adalah keputusan UMNO, cadangan SPR adalah cadangan UMNO dan segala geraklaku SPR adalah geraklaku UMNO. Jika UMNO bergerak selangkah maka PR akan berusaha mencari dua tiga langkah lagi untuk menyelamatkan diri. Jika UMNO terbatuk atau berdehem, PR akan “muntah” terus agar UMNO dan sekutunya terdiam terus.

Sebelum kertas undi dicetak selepas penamaan calon, keputusan harus dibuat oleh parti dan calon. Lambang mana ingin digunakan harus ditentukan pada 20hab April ini. Jika salah percaturan, DAP dan PR akan menerima padahnya. UMNO berusaha melakukan “mental toucher” terhadap parti lawannya agar sedikit sebanyak menganggu kelancaran parti pembangkang. Berbagai cara akan terjadi, dijadikan, menjadi dan sebagainya agar lawan UMNO dapat dikurangkan undinya. Provokasi, fitnah, halangan, undang-undang kecil dan besar, peraturan setempat dan sebagainya banyak digunapakai dalam pilihanraya kali ini untuk mengekang kemaraan PR-Pembangkang istilah mereka.

UMNO telah terhidu akan kekalahan pada kali ini. Darjah kekalahan ukuran UMNO ada tahapnya. Mungkin apabila melihat perkembangan pergerakkan rakyat dalam ceramah, media dan soal selidik badan-badan NGO tertentu membuatkan mereka melatah. Pukulan hebat pembangkang kali ini merimaskan UMNO terutama pemimpin tertentu. Kacamata mereka melihat perubahan ini perlu dilakukan tindakan drastik agar peritiwa 2008 tidak berulang. Tetapi UMNO dan BN tidak melakukannya dengan betul. Ucapan dan cadangan berdegar-degar untuk melakukan perubahan, tetapi gagal dan hanya tinggal “degar” sahaja. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk melakukan perubahan kerana jangkamasa 5 tahun untuk mengubah 4 juta ahli terutama yang berkuasa amat memeritkan. Presiden sendiri tidak mampu mengubah dirinya, bagaimana pula untuk mengubah parti dan ahlinya. Sayugia dinyataka disini, fitnah dan penipuan sahaja yang ada dalam tangan dan agenda mereka untuk selamatkan parti serta krooni.

PR terlalu yakin untuk ke Putrajaya. Keyakinan ini diterjemahkan melalui tindakan dan kata-kata yang sungguh memberansangkan. Jika pilihanraya sebelum ini diadakan, PR atau parti-parti pembangkang yang bertanding tidak berhasrat menjadikan Malaysia untuk diperintah atau berhasrat ke Putrajaya, tetapi kali ini amat berbeza sekali. Hasrat PR adalah ingin ke Putrajaya dan melantik Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Seperti kata-kata pilihan dalam mana-mana media social, “ANWAR atau NAJIB menjadi PM, sila pilih”. Pernyataan ini tidak pernah keluar sebelum ini kerana hasrat pembangkang hanya impikan menang dalam satu-satu kawasan atau Negeri. Hasrat memerintah Negara tidak ada dalam diary mereka. Hasrat ini berlaku apabila penggabungan DAP,PAS dan PKR  terhasrat setelah PRU12. Titik inilah bermulanya kebimbangan UMNO dan BN dalam Geopolitik Negara.

Senario berubah sekarang. Kalau dahulu rakyat hanya memikirkan kawasan itu dan ini milik siapa. Otak mereka sendiri tidak membayangkan pembangkang boleh menang  mudah di satu-satu kawasan malah untuk mengaku PM dari pembangkang pun amat jauh sama sekali. Begitu juga calon pembangkang itu sendiri. Rakyat tidak lagi berada pada takuk pemikiran PRU-1 atau seterusnya. Mereka telah ter”update” secara spontan apabila berlakunya perubahan pemikiran yang dibawa DS Anwar bermula seawal 90an dan 2000.

Rakyat mengambil inisiatif berubah dan terus berubah daripada duduk di pemikiran lama. Kata orang Negeri Sembilan “Pangkah Yang lamo ajo” tidak lagi ada dalam fikiran rakyat. Rakyat bijak membuat pilihan. Pilihan yang ada terlalu banyak. Fikiran rakyat semakin bercambah dari masa ke semasa. DAP yang dianggap parti asing bagi kaum Melayu tidak lagi dianggap demikian. UMNO masih memomokkan fikiran orang Melayu dengan mengatakan DAP parti komunis. Kenapa? Tidaklah arif sangat untuk ditafsirkan. Mungkin UMNO terdesak dan bukan BN. Ini kerana DAP merupakan parti yang awal ditubuhkan semasa kemerdekaan bersama parti di Singapura. Mungkin juga sebagai senjata terakhir untuk mengabui mata rakyat terytama orang Melayu agar tidak memihak kepada DAP. UMNO sentiasa menjaja slogan ini tetapi semakin dijaja semakin tidak yakin rakyat terhadap UMNO.

Sebenarnya pakatan Pakatan Rakyat banyak membantu DAP berada di hati rakyat. PAS yang dahulunya musuh politik semasa pilihanraya dalam barisan pembangkang, kini bersatu menubuhkan barisan pembangkang bersama Parti Keadilan. PAS banyak menyakinkan orang Melayu terhadap persepsi mereka. PAS merapatkan lagi hubungan kaum terutama kaum Cina sehingga PAS mampu didekati bangsa lain sehingga tertubuhnya DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS). DHPP rata-rata terdiri daripada kuam-kaum bukan Melayu. Melalui ini DAP semakin yakin dengan PAS dan orang Melayu semakin memahami perjuangan DAP.

Sepanjang tertubuhnya DAP tidak ada masalah getir yang mereka hadapi. UMNO memberi laluan kepada parti ini bertanding dengan mudah kerana bagi BN, DAP tidak membawa apa-apa sengat dalam politik. Orang-orang Cina lebih yakin pada MCA di dalam BN dan orang-orang India memihak kepada MIC yang juga berada dalam BN. DAP tidak diselongkar kesalahannya kerana mungkin membuang masa UMNO dan BN. Begitu juga PAS dan parti baru yang lain.

Kebangkitan rakyat yang memberi sokongan pada kepada PR terutama tiga parti utama pembangkang (DAP, PAS dan PKR) mengoncang tiang seri UMNO. Tahun 2004 bermulalah babak-babak “bunuh membunuh” antara parti terutama PAS pada peringkat awalnya. UMNO mula mencari kesialapan pembangkang walaupun sekecil kuman. UMNO akan bertindak mengheret kemahkamah jika PAS atau DAP melakukan kekhilafan yang asasnya boleh diperbincangkan. PAS dan DAP menjadi mangsa tuduhan fitnah. UMNO dengan bantuan “machinery” kerajaan. Jabatan kerajaan dan anggota keselamatan akan menjadi mata-telinga UMNO mencari kesalahan untuk dipersalahkan.

Kesabaran PR terutama DAP dan PAS membuahkan hasil apabila UMNO sukar mengintai kesialapan mereka. PKR sering dilaga-lagakan bersama DAP dan PAS agar kerjasama antara tiga parti pembangkang ini tidak terlaksana. Tetapi usaha UMNO gagal kerana melalui pakatan bertiga mampu membendung tuduhan fitnah UMNO yang semakin hari semakin menggila. UMNO semakin terdesak dan keterdesakkan ini disebabkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh itu wajarlah UMNO berusaha melakukan modus operandinya yang biasa iaitu membatalkan apa-apa yang seharusnya menghalang daripada menyertai pilihanraya.

DAP adalah parti terkuat mendapat sokongan dari pengundinya, kaum Cina. 80-90 peratus orang-orang Cina akan mengundi DAP. Itu sudah pasti dan diakui oleh semua parti termasuk UMNO. PAS dan PKR masih bergantung kepada orang-orang Melayu untuk menyokongnya. Jika 10 kawasan dipertandingkan oleh DAP 8 atau 9 kawasan itu akan menjadi milik DAP. PAS dan PKR tidak menjadi masalah terhadap pengundi Cina kerana pengundi-pengundi Cina mendengar kata pemimpin yang disokongnya. Malah orang MCA juga akan memberi sokongan kepada DAP secara ‘diam”.

Orang Melayu memerlukan sedikit lagi pendidikan politik. Gaya pemikiran lama masih bertapak di minda mereka terutam pengundi saluran satu dan dua. Rata-rata pengundi Melayu saluran satu dan dua ini tidak mudah dipengaruhi oleh kesensitivitian keselamatan dan pembangunan Negara. Mereka akan tergugat jika soal bangsa dan makan minum dijadikan modal isu. UMNO menggunakan modal ini dalam menakut-nakutkan orang Melayu. Sejarah lama “13 May, pemberontakkan Komunis dan soal perbalahan kaum” menjadi tajuk ceramah oleh UMNO. Persoalan agama tidaklah kritikal sangan, mungkin orang Melayu tidak sensitive terhadap Islam kecuali dipergunakan untuk “mengertak” sebahagian mereka. Kehadiran PAS banyak mengajar rakyat ertia Islam dan keIslaman. Kesedaran sebahagian orang Melayu terutama di kampong dan kawasan-kawasan pendalam seperti FELDA dapat ditembusi. Mereka mula membuka mata untuk melakukan perubahan. Mungkin PRU2013 ini dapat melenyapkan tangkapan rakyat terhadap UMNO dan menukar kerajaan baru untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju dan berkejayaan.

PRU13 tidak menjanjikan PR akan ke Putrajaya tetapi usaha kea rah situ merunsingkan UMNO. Jika Berjaya maka UMNO akan mula menerima kehancuran.

UMNO tidak boleh berdiri sendiri seperti dahulu atau semasa awal-awal penubuhan. Jika mereka menjadi pembangkang kali ini akan menyukarkan mereka kembali seperti sediakala. Sejarah politik yang melebihi 50 tahun banyak yang tumbang dan tidak mudah bangun, malah terkubur terus hilang entah kemana. Tidak Melayu Hialng Di Dunia adalah benar tetapi yang hilang parti. Melayu akan berhijrah ke PAS kerana PAS mampu mengantikan UMNO untuk meneruskan perjuangan kaum majority ini. PAS telah bersedia dan bangsa Melayu yang akan berada di dalam PAS aka nada nilai tambahnya iaitu Islam dan martabat bangsa. Walaupun PAS bukan ditubuhkan untuk bangsa Melayu tetapi melalui perjuangan Islam dalam PAS mampu menaiktarafkan setiap keperluan bangsa Melayu di Negara ini, malah menjaga kepenting bangsa-bangsa lain yang ada di Negara ini.

Apabila DAP meminjam lambang PAS dan PKR dalam pilihanraya melambangkan PAS bersedia menerima orang Cina di dalamnya asalkan ia tidak menyalahi peraturan PAS dan PKR. PAS bersedia sejak awal lagi untuk menerima kaum Cina dalam DHPP. Takdir Allah s.n.w DAP menyerahkan ahlinya kepada PAS untuk dididik dengan seadanya. Begitu juga PKR. Inilah keunikan PAS dan Pakatan Rakyat.

Semuga dengan usaha kerjasama antara Pakatan Rakyat dapat diiplimentasikan sehingga ke Putrajaya. Perselisihan faham yang sedikit dapatlah diselesaikan dimeja rundingan dan capailah kata sepakat untuk kepentingan RAKYAT DAN NEGARA.

SEKIAN……



Monday 15 April 2013

Pilihanraya : Mampukah Orang Melayu Berfikir....

UMNO merupakan parti orang Melayu. Walaupun sekarang sebahagian daripada bukan lagi berbangsa Melayu maka ia dianggap Melayu untuk disahkan penyertaannya. Jika perlembagaan UMNO dahulu ditubuhkan untuk mereka yang berbangsa Melayu dan Islam tetapi sejak akhir-akhir ini parti itu telah diisi oleh kaum-kaum tertentu di Sabah terutama berstatus Bumiputera. 

Rakyat Kini Telah Berubah Mindanya Terhadap Negara.
Kemasukkan UMNO ke Sabah memberi ruang kepada bangsa-bangsa selain Melayu dan agama yang berlainan  menyertainya. Beretujuan untuk menakluki negeri Sabah melalui penglibatan Parti. Lebih 4 juta ahli UMNO didaftarkan sehingga kini yang sebahagian besarnya berada di Semenanjung Malaysia.

Apabila parti berteraskan Melayu dalam perjuangan mereka segala kepentingan orang-orang Melayu, adat istiadat, agama, kebudayaan dijadikan teras penubuhan UMNO. UMNO yang ditubuhkan pada 1946 menjadi parti Melayu tertua yang memperjuangkan bangsa Melayu terutama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada awal penubuhannya UMNO begitu penting kepada negara kerana UMNOlah segala persoalan bangsa dan negara boleh diperjuangkan.

UMNO telah lama tidak menepati Janji. Rakyat menjadi Mual dan Jemu dengan UMNO.
Mereka bersungguh-sungguh menjaga, memelihara serta menerajui UMNO sehingga UMNO menjadi tulang belakang kepada setiap parti yang menyertai bersama melalui satu barisan baru iaitu Barisan Nasional. Dahulunya digelar Parti Perikatan yang menggunakan logo Kapal Layar setiap kali bertanding menentang lawan. Tidak ada parti lain yang bersatu menentang Perikatan kerana kekuatan Perikatan yang terdiri daripada MCA, MIC dan UMNO sukar ditandingi. MCA yang diwakili oleh hanya kaum Cina, MIC mewakili kaum India di malaysia menjadikan Perikatan begitu kukuh seawal 70 an sehingga akhir 90 an.

Kekuatan UMNO semakin menyerlah dari hari ke hari dan dari tahun ketahun. Perubahan kepimpinan silih berganti sehingga pada awal 80 an apabila pucuk pimpinan UMNO diketuai oleh Tun Dr. mahathir. Beliau mengambil alih pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri melalui perletakkan Jawatan Tun Hussein Onn, Dr. Mahathir membuka ruang dimensi baru terhadap Malayisa dimana pembangunan dirancang dengan baiknya. Beliau digelar Bapa Pembangunan. Untuk meneruskan perjuangan dan mengukuhkan UMNO, Dr. Mahathir berjaya memujuk Dato Sri Anwar Ibrahim menyertai parti UMNO. Anwar menerimanya sehinggalah sampai ke jawatan kedua tertinggi Negara, Timbalan Perdana Menteri.

Ramai Pemimpin UMNO dan BN Sedar Akan Erti Perjuangan Pembangkang.
Mahathir merasakan dirinya tergugat dan dirasai dirinya akan dibelakangkan oleh Timbalannya atau dengan halusnya dikatakan merampas kuasa dirinya (Dr. mahathir). Maka bermulalah episod fitnah menfitnah sehingga tersingkirnya beliau daripada UMNO dan jawatan TPM.

Episod inilah UMNO mula berubah sehingga tidak seorang pun dapat menyekat perubahan ini. UMNO semakin tidak mendapat kepercayaan ahli dan rakyat.

Tetapi tidak pada sebahagian orang Melayu!!!

Rata-rata orang Melayu dinegara ini belum pandai untuk berubah. Dikatakan tidak belajar sejarah, meeka sudah mengalami berbagai kesusahan yang dilakukan UMNO. Bagaiman UMNO entah beberapa kali melakukan pecah amanah terhadap orang Melayu entah ratusan juta kali dilakukan. Harta pusaka Melayu semakin berkurangan dan semakin terhakis. Keadaan ini  masih lagi orang Melayu tidak menyedarinya. Tidak tahulah dimana silapnya pemikiran orang Melayu negara ini.

PRU.TIGABELAS telah banyak melakukan kajian dan penyelidikan. Orang Melayu banyak yang tidak pandai dalam politik dan kenegaraan. Malah erti perjuangan pun tidak sehebat mana pun. Tidak pasti, jenis Melayu apa yang ada di Malaysia ini.

Akhir-akhir ini PRU.TIGABELAS dapat sedikit ruang mengkaji pemikiran orang Melayu tulin negara ini. Memang terlalu banyak kelemahannya, terutama kemampuan berfikir. Banyak sebabnya. Pertama terlalu miskin dan tidak terpelajar untuk berfikir, kedua kemewahan material telah disuap semenjak kemerdekaan tanpa disuapkan dengan ilmu kerohanian. Malah UMNO banyak mengubah sistem pendidikan negara ke arah melemahkan cara orang Melayu berfikir.

Tanyalah kepada mereka yang "totok" dalam UMNO terutama kepada masyarakat sederhana atau masyarakat cukup makan. Siapa UMNO? Apa itu demokrasi? Siapa sepatutnya memerintah negara ini dan sebagainya. Setiap soalan dijawab menjurus kepada sikap keasabiahan (ketaksuban) kepada Melayu dan bila di sebut Malayu, otak mereka akan menjurus kepada UMNO. Pemikiran mereka telah diracuni bahawa Malaysia untuk UMNO kerana UMNO itu Melayu. Fahaman ini berputar-putar sekitar itu sahaja. Dan untuk keluar dari kepompong UMNO akan mengambil masa yang lama.

UMNO memisahkan Agama dengan politik. Benar kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, UMNO tidak mahu orang Melayu memahami Agama sehingga menjadikan politik dan Agama berbeza. Ini dapat dilihat melalui perbuatan dan tingkahlaku serta pemikiran orang Melayu itu.

Berbeza dengan bangsa-bangsa lain yang mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan mendapat pendidikan kerohanian yang tinggi. Mereka secara otomatik akan teransang baik buruk sesuatu itu termasuklah perkembangan politik negara ini.

 Pic : Rakyat semakin berani melakukan perubahan memandangkan UMNO terlalu banyak memberi ruang kelemahan dirinya terutama dalam pentadbiran Negara, akhlak dan pemikiran.
 Pic : Menanamkan cinta kepada negara melalui kaedah kerohanian lebih banyak membawa kesan. UMNOBN gagal dalam soal ini.
Sokongan rakyat dari luar negara.
PRU.TIGABELAS sempat melakukan lawatan dan menemuramah beberapa keluarga sederhana dan kampung yang memiliki anak-anak yang berpelajaran tinggi. Sebahagian anak-anak mereka memahami pemikiran orang Melayu dan UMNO dan rata-rata meberi sokongan kepada Pakatan Rakyat(PR) walau pun ibu bapa dan datuk nenek mereka penyokong tegar UMNO.

PRU.TIGABELAS  adalah seorang Melayu dan keturunan juga Melayu. PRU.TIGABELAS telah sedar akan kepincangan UMNO dalam memimpin negara. Sebab itu PRU.TIGABELAS tidak lagi inginkan parti bangsa PRU.TIGABELAS ini. Itu dulu. PRU.TIGABELAS seperti orang lain yang mempunyai keluarga pengamal UMNO yang tegar. Ayah dan ibu melihat UMNO adalah parti keramat dan hanya UMNO sahaja yang mesti memerintah negara ini.

PRU.TIGABELAS mengambil masa beberapa tahun untuk mengubah pemikiran mereka terutama ayah PRU.TIGABELAS. Akhirnya mereka menjadi ahli dan penyokong tegar PAS sehingga mereka pulang ke Rahmatullah. Alhamdulillah kesemua keluarga dan keturunan PRU.TIGABELAS menjadi ahli PAS seumur hidup.

Kembali kepada fahaman orang Melayu, UMNO telah meracuni hampir 50 tahun pemikiran mereka dengan fahaman pemisahan agama dan politik. PAS berusaha mengubah mereka sedikit demi sedikit ke arah memahami agama dan Islam dengan lebih baik. PAS banyak men"cerdikan" orang Melayu sehingga mereka berani menentang UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

sebahagian Orang-orang Melayu menentang bukan kerana fahaman asabiahnya atau terlalu memisahkan politik dan agama tetapi UMNO telah tersasar jauh dalam mentadbir rakyat dan negara ini. Kegagalan ini ditambah pula dengan kefahaman yang dipelajari tentang politik, menanbahkan lagi kebencian sebahagian orang-orang Melayu kepada UMNO.

Kenapa Orang Melayu Sukar Berubah?

Orang Melayu tidak sukar berubah jika kena pada gaya fahaman mereka. Memberi mereka didikan agama dan selok belok kehidupan bermasyarakat majmuk seperti Malaysia akan melancarkan kefahaman mereka lagi. Kebanyakkan kesuakaran berubah terhadap mereka adalah minda meeka telah diracuni untuk tidak memahami erti keadilan, agama dan persoalan politik bersih. Sogokkan terhadap mereka merencatkan lagi proses memahami ilmu-ilmu lain. Sebab itu sistem pendidikan negara dikawal, diatur dan sebahagiannya menggunaka cara yang digunakan oleh penjajah.

Pendidikan agama dikelas keduakan, Sekolah agama banyak yang tidak disokong atau bantuan, matapelajaran agama bukan sujek teras untuk orang Islam dan sebagainya. Rakyat dimimokkan dengan hayalan melalui hiburan dengan mencipta terlalu banyak saluran hiburan seperti ASTRO, beberapa saluran TV percuma, kebebasan majalah dan media alternatif dan sebagainya.Pendek kata rakyat terutama orang Melayu di"perbodohkan" seawal usia seperti seekor anjing yang akan hanya mencari tuannya sahaja untuk berkhidmat.

Sekarang perubahan semakin beransur-ansur disebabkan pertukaran generasi sentiasa berlaku malah sedang berlaku. Mereka telah amai berpendidikan. Sebahagian mereka ramai yang berani menentang UMNO serta menentang kezaliman kepada siapa yang melakukannya. PRU.TIGABELAS melihat gejala ini tidak akan ada hentinya sehingga UMNO berubah ke satu tahap yang boleh dipercayaai. Mungkin UMNO mengambil masa lama untuk melakukan perubahan kerana rakyat sudat mangli dengan feel UMNO yang sering melakukan kesilapan.

Mungkin juga setelah PR dapat mentadbir negara beberapa penggal atau tahun, barula UMNO kembali berkuasa di atas kepincangang PR jika pincang ketika itu.

Mungkin juga UMNO akan pupus/bubar kerana UMNO telah terbubar sebelum ini. Oleh itu bersedialah wahai orang Melayu untuk menerima perubahan drastik dalam sebulan dua ini. Insya Allah negara akan bangkit semula dan orang Melayu akan dihormati oleh semua kaum di negara ini pada satu masa nanti. Insya Allah...

.

Wednesday 10 April 2013

LESEN KILANG BARU SUDAH DIWARTAKAN.. DUA KILANG MULA MEMOHON..

Kilang yang menentukan MISI dan VISI syarikat yang dapat lesen pada PRU13 nanti.
Maka bergembiralah sekelian pekerja kilang baru dan lama apabila umumkan pembubaran oleh Tok Pengurus Lama kita. Maka tidak lagi dipanggil YAB atau YB lagi.

Setidak-tidaknya terubat hati masing-masing yang selama ini tertanya-tanya tarikh keramat ini. Tentu sahaja yang paling gembira orang-orang yang inginkan perubahan. Orang yang tak nakan perubahan nampaknya tertakut-takut. Produk baru nak ditawarkan dan dijual selepas ini.

Pengurus Lama yang dituduh menCIPLAK MISI dan VISI Kilang Baru.
Maka tersebarlah ke seluruh alam ini Malaysia tidak lagi ada Pengurus, ia dah dipanggil mantan Pengurus. Maka tidak adalah yang kena panggil YB atau YAB lagi. Encik, Cik atau Puan kecuali yang dah siap ada gelaran, macam Tuan Man atau Tuan Riziah atau pun Raja Gopal. 

Bila bubar maka bersiaplah sekelian untuk berkempen. Masing-masing dah lama berkempen dan menjual kilang masing-masing. Seentero dunia dah tahu kilang mana yang akan memohon untuk mendapatkan lesen menjual produk masing-masing untuk dijual beli. Cuma kadang-kadang adalah satu dua yang cuba-cuba menjual diri. Untung sabut timbul. 

Tim. Pengurus Kilang Lama Yang Telah Tutup


Kilang PAS, DAP dan kilang lama UMNO paling laku urusniaganya.Kilang PKR barang baru tetapi transaksinya cukup memberansangkan. Barang barulah katakan, penjualnya orang lama.  Salesmen yang banyak pengalamanlah katakan. Jual apa pun laku.Akhirnya ajak kilang DAPp, PAS join sama buat produk baru dengan MISI dan VISI bersama yang dipanggil Kilang PR.

Maka produk baru dihasilkan lagi!!!

Soal laku dan tidak terpulang kepada produk masing-masing. Tiap-tiap barangan ada kelebihan dan kekuranganya. Terpulang kepada pembeli akan keperluannya. Jika minat maka barang itulah yang akan dibelinya. Tetapi kadang-kadang lain yang diminati lain yang dibeli. Ini namanya "Confius". 

Maka eloklah produk itu diperkenalkan baik buruknya. Apakah kelebihan dan kehebatan produk yang nak dijual. Pembeli nak juga tahu. Apa gunanya, asalnya, bahannya, adakah merbahaya kepada si pemakai, ada waranti ke, boleg gunapakai kepada semua orang ke dan sebagainya. Tarikh luput juga penting. Ada produk tu dah luput tarikhnya lupusnya, maka untuk elak kekeliruan, buat produk baru yang hampir serupa. Maka terbelilah pembeli barangan PALSU. Yang memalsukan barang tu, tokey syarikat tu juga!!!!. Malah banyak campuran dan kandungan ditiru bulat-bulat. Hampir kesemua bahan yang digunakan tertera seperti barang yang asli tetapi cara guna dan campurannya salah. Orang yang meniru tak tahu apa yang ditiru walaupun yang ditiru itu pernah dilakukan sebelum ini. Itulah sebabnya betapa bahaya membeli barangan tiruan.

Barang palsu memang merbahaya. Silap haribulan bahan yang digunakan boleh membunuh. Eloklah tukar sahaja produk yang asli yang selamat. Sah dan Halal. Pengguna ramai yang dah perasan dan hanya menunggu untuk disaman sahaja kerana menjual barangan tiruan.

Kita cuba dulu Produk Baru ini. Produk ni pun dah di gunapakai di sebahagian negeri. Ada jual di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Dulu ada jual di Perak tetapi ditarik balik,kerana disabotaj pekerjanya yang termakan RM. Bukan tak sayang pada komponi tetapi nak kaya cepat terpaksa buat kerja haram demi sesuap nasi. Mereka merampas dengan ganas dan kasarnya di kilang barangan itu.  Akhirnya pengurus kilang terpaksa buat mesyuarat di bawah pokok kerana kilang disita.

Pengurus Baru Yang bakal membuka kilang baru di Purajaya dengan MISI dan VISI yang hebat.
Oleh kerana produk ini cukup baik dan memberi kebaikan kepada pengguna, maka banyak negeri memohon untuk membelinya. Produk lama dah tak boleh pakai, kata mereka. Kulit menggerutu, kadang-kadang panas miang. Mungkin produk baru ini dapat mengubati berbagai penyakit di negeri lain. Lesen penjualan sedang dipohon. Insya Allah sebulan lagi dapatlah tu.

Tarikh nak mohon lesen kilang baru dah ditetapkan. Kata Tok yang jaya lesen, pada 5 haribulan May 2013. Tarikh hantar borang pada 20 haribulan April 2013. Pengguna ternanti-nanti sekilan lama untuk merasa dan mendapatkan produk baru ini seperti yang dijanjikan.

Kilang sebelah sini dah umum Misi dan Visi produk. Siap berkulit JINGGA pulak tu. Pengguna panggil Buku Jingga. Kilang di sebelah sana baru umum tetapi banyak yang mengelirukan sebab MISI dan VISI mereka sama macam Kilang sini. Pengguna merasa konpius dengan MISI dan VISI sebelah sana.

Dulu kilang sebelah sana cakap, kilang sebelah sini akan tutup bangkrap sebab MISI dan VISI nya yang mengarut. MISI dan VISI kilang sebelah sini tak real dan memusnahkan negara tetapi dalam diam kilang sebelah sana bulat-bulat tiru dan ubah sikit ayat, Font, warna serta terdapat sedikit unsur "lawak" dalam MISI dan VISI mereka. Pengguna bertambah pening dan tidak yakin dengan produk yang akan dikeluarkan kilang lama.

Hingga ke hari ini, pekerja kilang syarikat lama belum ada perkerja tetap lagi. Masih mencari-cari. Katanya ramai yang nak berebut nak jadi pengurus kerana dah lama tahunnya membodek pengurus kilang. Berbagai bangsa ada. Dengar cerita pengurus dah pening kepala untuk memilih sebab takut pekerja lain lari ke kilang baru (sini). Nasib malang pengurus kilang lama bertimpa-timpa apabila ada yang nak cabut lari sebab merajuk. Ada yang berhenti terus dan duduk rumah aje. Ada yang kerja kilang lain tetapi gaji nak ambil dari kilang lama. Itu pun akan dan sedang memeningkan pengurus lama. Itulah masalahnya gunakan kerja kontrak. Banyak duit terbuang dan membazir. Hasilnya tak seberapa. Menguntungkan pengurus sebelah sini aje. Dulu pernah kerja di kilang tu tetapi dipecat sebab berperangai tak senonoh, sekarang datang balik nak masuk tetapi mendapat tentangan ari pekerja tetap. Entahlah!!! Kesian juga pengurus.

Timbalan pengurus lama banyak juga masalahnya. Katanya masalah perangai pengurusnya (bos). Dengar cerita dia akan dilantik jadi pengurus jika bosnya tak capai sasaran pekerja 2/3. Apa lagi kalau tiada pekerja!!! Dengan timbalan pengurus akan tak ada kerja nanti dan tak dapat buka kilang yang nak dapat lesen ni.

Ramai pekerja nak rasa produk baru ni... TUNGGUlah pada malam 5hb May 2013, untuk lesen baru dikeluarkan.